26.2.2000 Hari - Sabtu Hijriah
Waktu:- Maklumat:-
Selepas Solat Subuh Selepas solat subuh di Masjidil Haram - bersama-sama rakan yang ada pengalaman (Hj.Md.Noor; Hj.Ikhlas; Hj.Abdullah) & pasangan masing-masing kami mengerjakan Tawaf Umarah & Sa'ie Umrah.

Selepas itu balik ke Kediaman dan terelepas dari pantang Ihram, rehat amalan biasa (solat waktu & segala sunat yang termampu di Masjidil Haram).

Malam Selepas Solat I'syak Mengiringi isteri saya bersama jemaah lain yang belum selesai Tawaf & Sa'ie, dengan dipandu oleh Pegawai TH untuk mereka mengerjakan Tawaf & Sa'ie tersebut.

Saya melakukan tawaf sunat sahaja.

Catatan : - Hotel kami - Asraf Ad-Jadidah, terletak berdepan dengan Pintu "King Aziz - 1" - jaraknya ialah lebih kurang 200 metres.

27.2. 2000 hingga Ukuf Hari - Hijriah
Waktu:- Maklumat:-
Catatan Dalam tempoh ini Mekah mula dibanjiri oleh Jemaah dari seluruh dunia. Dianggarkan tahun ini lebih kurang 3.5 juta.

Kebanyakan Jemaah Malaysia melakukan Ibadah sendiri, seperti apa yang telah diajar sebelum kami mejejaki kaki di Tanah Haram ini.

Yang sihat dan mampu terus melakukan Umrah, dari Miqat di 'Tanaim' ada juga bermiqat dari Ja'ranah.

Apabila ada kelapangan ramai juga Jemaah merancang dan dengan kumpulan sendiri menziarahi sekeling kota Mekah.

Selain itu mereka membuat lawatan/ziarah luar berkumpulan ke Jabar Thur; Jabar Noor; Jabar Rahmah; kawasan Arafah; Mudzalifah & Mina.

Aktiviti bebas ini mereka lakukan biasanya selepas waktu subuh sebelum masuk waktu Zohor.

Catatan Ringkas sehingga Ukuf
Tarikh:- Catatan:-
27.2.00 Bebas & Amalan Biasa
28.2.00 Selepas Subuh cuba melawat kawasan bertentangan 'Hidir Ismail' di luar pintu Gate 52. Melihat kawasan tempat tinggal semasa mengerjakan Umrah bulan Ogos 1999. Apartment 'Al-Rayed I'. Tempat ini akan menempatkan Jemaah dari Malaysia, Pakej Utas Travel.
29.2.00 Kawasan atas bumbung Masjidil Haram telah mula di buka, kawasan ini tidak dibuka semasa saya Umrah Ogos 1999.

Ambil peluang untuk sembahyang di sini, menaiki melalui Escalator Abyah 8.

1.3.00 Malam - selepas I'syak bersama beberapa rakan kami melakukan Tawaf Sunat. Selesai 10.00 pm.
8.3.00 - Rabu 2 Dzulhijjah Bersama-sama beberapa rakan sekamar (942 C), kami sewa Van dan melakukan Ziarah Luar. Tempat-tempat dilawati ialah Jabbar Thur, Jabbar Noor; Jabbar Rahmah; Kawasan Arafah; Mudzalifah; Mina dan Masjik Ja'rannah
9.3.00 - Khamis 3 Dzulhijjah 5.30pm Ex Sgt Major Mat Asin (rakan sekamar diMadinah) pengsan dan dibawa ke Klinik TH di Tingkat 1.
10.3.00 - Jumaat 4 Dzulhijjah Balik dari Solat Jumaat, Kak Ramlah (isteri Mat Asin) membertahu kami, Ex Sgt Major telah meninggal dunia pada 8.00 pagi itu.

Petang - bersama isteri pergi menziarah saudara/sepupu isteri di hospital "Sya'siah", di beritahu beliau akan discharge esok.

11.3.00 - Sabtu 5 Dzulhijjah Bersama menemani saudara/sepupu yang baru keluar Hospital ke Masjidil Haram.
12.3.00 - Ahad 6 Dzulhijjah Keluar awal sebelum subuh, bersama isteri menemani saudara/sepupu kami yang melakukan Tawaf Qudum. (Suami beliau buat Haji Ifrad).
9.00 am Bekumpul disurau di Tingkat 2, untuk mendengar Maklumat, Arahan dan Taklimat Arafah.
13.3.00 - Isnin. 7 Dzulhijjah Selepas Solat Subuh, pergi ke Apartment Ar-Rayed I, untuk bertemu rakan sejawat (sama Jabatan) yang datang melalui Pakej Utas Travel - bilik 905.

14.3.2000 Hari - Selasa Hijriah (8 Dzulhijjah)
Waktu:- Maklumat:-
Subuh Selepas solat subuh di Maktab sahaja.
Kebanyakan Jemaah dari negara lain telah bertolak meninggalkan Mekah. Masjidil Haram ketika ini tidak sesibuk seperti dua tiga hari yang lepas.

Kami dari Maktab 70, tidak digalakkan keluar, TH hanya membenarkan kami melakukan aktiviti dalam kawasan sahaja.

Asar Selepas Asar kami telah di arahkan untuk berikhram, dan menunggu arahan selanjutnya di Tingkat 1. (Ada jemaah solat sunat ikhram di Surau, ada juga yang melakukannya di bilik.)

Magrib & I'syak di Surau di Tingkat 2.

10.15pm Menaiki bas dan berangkat ke Arafah. Ramai jemaah melakukan niat ikhram apabila sahaja bas mula bergerak. Jemaah mula bertalbiah sepanjang perjalanan.
11.25pm Sampai di Arafah, Khemah 73L. Kebayakan rakan-rakan telah sampai, dan melakukan ibadah masing-masing di surau yang disediakan.

Semalaman ada jemaah yang sentiasa berjaga berzikir; mengaji; solat sunat sehingga keesokan hari. Oleh kerana surau penuh ada juga beribadah di khemah masing-masing.

[ Catatan di Madinah ] : [ Catatan di Arafah & Mina ]

Home | Sajak | Senarai Jemaah