15.3.2000 Hari - Rabu Hijriah (9 Dzulhijjah)
Waktu:- Maklumat:-
Semalaman - hingga subuh Jemaah terus beribadah. Bergilir bagi yang letih & mengantuk berehat, tempat di surau sentiasa penuh. Beberapa khemah dicantum dan dijadikan Surau. Solat waktu... subuh hingga I'syak surau dilimpahi oleh jemaah.
Zohur Surau dipenuhi hingga melimpah di sekeliling Khemah surau. Zohor berjemaah, selepas zohor ada 'Khutubah Arafah'.
Selepas I'syak Jemaah mula berkumpul menaiki bas bergerak meninggalkan Arafah berperingkat-peringkat.
lebih kurang 10.30 pm Bersama-sama rakan-rakan menaiki bas meninggalkan Arafah menuju ke Mudzalifah.
11.47 pm Bas Sampai dan berhenti di Kawasan Mudzalifah. Kami turun memungut batu-batu untuk melontar di Mina nanti. (Kawasan gelap disini lampu picit diperlukan)
1.10 am Bas mula meninggalkan kawasan Mudzalifah menuju ke Mina. (Kelewatan disebabkan mencari seorang jemaah tersesat/tersilap bas.)

Di Mina, Maktab 70 (Kumpulan kami) di tempatkan di Zone 3/98

16.3.2000 Hari - Khamis Hijriah (10 Dzulhijjah)
Waktu:- Maklumat:-
Subuh Selepas solat subuh kami diberi taklimat oleh TH mengenai Melontar.
Selepas I'syak Dengan dipimpin oleh TH, bergerak berjalan kaki melalui Trowong Muassim ke Jamratul Aqabah, untuk melontar. Kami bertalbiah sepanjang perjalanan.

Jarak perjalanan pergi & balik dari Zone 3/98 ke Jamratul Aqabah lebih kurang 6 km.

12.00 malam lebih Kami selesai melontar Jamratul Aqabah. Selepas melontar dalam perjalan pulang kami bertakbir, tiadak lagi bertalbiah.
1.00 am Sampai balik di Khemah Maktab 70 - Zone 3/98.

Jemaah bertahlul, ramai juga jemaah lelaki yang membotakkan kepala mereka. Kini tidak berihram lagi, tetapi - berpakaian biasa, hanya terlepas dari sebahagian pantang larang ihram, kecuali yang besar-besar.

17.3.2000 Hari - Jumaat Hijriah (11 Dzulhijjah)
Waktu:- Maklumat:-
Subuh Solat di Surau.

(Ramai rakan jemaah, telah berubah wajah ... yang berambut banyak telah tiada rambut atau ada yang memendekkannya, dahulu bermisai lebat telah bercikur)

Zohor Solat Jumaat di Masjid yang berdekatan dengan kawasan perkhemah kami Zone 3/98.
Asar Solat Asar, dan selepas solat asar bersama-sama dengan beberapa orang rakan dengan dipandu oleh seorang ustaz/mutawif kami pergi melontar sendiri. Tidak mengikuti kumpulan TH, yang banyak melakukan ibadah tersebut selepas I'syak.
Selepas asar kurang orang bertumpu di ketiga-tiga Jamrah.

Semalam hanya melontar Jamratul Aqabah sahaja. Kali ini kami melontar ketiga-tiga Jamrah, bermula dari Jamratul-Ula, Usta dan disudahi dengan Aqabah.

Petang Selesai melontar, balik ke khemah, minum petang berehat.

Ada juga diantara rakan yang shopping, di perkarangan luar perkhemahan - tepi jalan terdapat peniaga yang melonggokkan barangannya yang terdiri dari pelbagai. Peniaga kebayakan dari Afrika dan lain-lain.

Magrib & I'syak Solat di Surau.

Selepas solat I'syak kawasan perkhemah tidak ramai jemaah. Mereka ramai yang mengikuti rombongan di bawah kelolaan TH melontar.

18.3.2000 Hari - Sabtu Hijriah (12 Dzulhijjah)
Waktu:- Maklumat:-
Subuh Solat di Surau.

Selepas solat subuh TH mengadakan taklimat mengenai melontar hari ketiga/hari terakhir, dan selepas jamuan pagi, bersama-sama rakan-rakan membeli belah di perkarangan kawasan luar perkhemahan kami. Barangan pelbagai jenis seperti Camera; Teropong; barangan dari Russia - Carpet; makanan ...... banyak lagi.

Zohor & Asar Solat di Surau.

Selepas solat Asar, sekali lagi bersama-sama dengan beberapa orang rakan dengan dipandu oleh seorang ustaz/mutawif kami pergi melontar sendiri.

Magrib & I'syak Solat di Surau.

Kali ini jemaah ramai yang tidak mengikuti rombongan kelolaan TH untuk melontar, mungkin kini telah berpengelaman dan tahu menuju Muassim & Jamrah sendiri atau dengan kumpulan-kumpulan kecil sendiri. Jadi kawasan perkhemah hari ini tidak sesunyi semalam.

19.3.2000 Hari - AHAD Hijriah (13 Dzulhijjah)
Waktu:- Maklumat:-
Subuh Solat di Surau.

Selepas solat subuh dan selepas jamuan pagi, bersama-sama rakan-rakan pergi melontar ketiga-tiga Jamrah hari terakhir.

Kami memperkemaskan barangan untuk bersedia berangkat balik ke Mekah. Perjalanan Bas kami amat memuaskan, mungkin pemandunya berpengelaman atau ..... / tapi kami sampai cukup cepat sekali.

Zohor Apabila sampai di Maktab/Asrama, makanan telah tersedia. Hanya sempat makan selepas solat zohor - terlalu letih ramai diantara kami terus tidur hingga magrib.
Magrib & I'syak Solat magrib & I'syak di Masjidil Harram. Selepas melakukan Tawaf & Sa'ie Ifadah.
12.00 am Orang terlalu ramai berpusu-pusu di Kaabah & Safa - Marwah. Hanya dapat selesai Tawaf & Sa'ie jam 12.00 am.
12.15 am Sampai balik di Asrama/Maktab. Seorang rakan jemaah, dari bilik 942 B 'collapse/pengsan' dibawa ke Klinik Kecemasan TH Tingkat 1.

[ Catatan di Mekah ] : [ Balik Ke Mekah ]

Home | Sajak | Senarai Jemaah