16.2.2000 - Malaysia Hari- Rabu Hijriah
Waktu:- Maklumat:-
2.00 pm waktu M'sia Dari kediaman dengan dtemani keluarga bertolak ke Kelana Jaya - sampai jam 4.30 pm
6.00 pm. Selepas mendapat maklumat & tag nama yang dilekatkan kepada Beg Pakaian dan Beg-beg yang dibekalkan oleh LUTH/Telekom dan selepas bersalaman Selamt Tinggal dan Selamat Jalan kepada sudara mara yang menghantar - kami (saya dan isteri) lapor diri dan check-in.
7.15 pm. Selepas menerima Pasport Haji dan Boarding Pass dan dokumen-dokumen lain, semua Jemaah KT 27, dikumpulkan di dalam Dewan Kelana Jaya dan diberi taklimat.
7.42 pm. Semua Jemaah dihantar ke KLIA Sepang dengan 10 buah Bus dan diiringi oleh "Peronda Polis - Kereta dan Motor Sikal"
8.40 pm. Sampai di KLIA Sepang malam (Pejalanan dalam Hujan & gelap - agak terasa sayu dan bangga juga meninngalkan Kg. Halaman & Keluarga - Bangga kerana menerima panggilan Allah)
9.35 pm. Beratur & masuk Kapal Terbang mengikut Tag warna di Boarding Pass. (saya & isteri warna Hijau) - Saudi Air 747 - 200, No: SV 5337.
10.00 pm. Berlepas - Lift-off tepat 10.00pm waktu Malaysia - Waktu Saudi Sekarang ialah 5.00 pm.
Maklumat- Waktu Penerbangan ke Madinah 8 jam 30 min. (lebih kurang akan sampai Madinah 1.30 am.- Waktu Saudi)

17.2.2000 - Saudi Hari- Khamis Hijriah
Waktu:- Maklumat:-
1.25 am waktu Saudi Mendarat di "Prince Mohammad Abdul Aziz Airport- Madinah".
2.50 am waktu Saudi Selepas pemeriksaan Kastam & Imigresen" dinaikan beberapa buah bas di hantar kekediaman masing-masing mengikut tag yang telah dibekalkan LUTH. Difahamkan ada di Bangunan lain seperti 'Feri'. Kami di hantarkan ke Rumah Senduk.
3.35 am waktu Saudi Sesampai di kediaman, beg pakaian belum sampai. Cuba dapatkan maklumat Lokasi dari Petugas Tabung Haji [TH] yang sedia menanti, dan juga kakitangan hotel/kediaman, dengan pakaian dibadan saya terus ke Masjid Ad Nabawi, untuk sembahyang Subuh.
Selepas Subuh l/k 6.15 am Balik Ke kediaman - Bangunan Senduk - bilik 501, beg-beg pakaian telah sampai, selepas salin pakiaan dan berkenalan dengan rakan-rakan sekamar, ada sedikit minum pagi, saya terus tidur sampai Zohor. Waktu Zohor, 12.36 pm.
12.00 pm Selepas tidur dengan puasnya, lebih kurang 5 jam, - Sendirian pergi ke Masjid Nabawi - sembahyang di kawasan Raudha.
3.00 pm Bersama-sama isteri, Ex Sgt. Major Mat Asin & isterinya, meninjau kawasan diluar hadapan kawasan Masjid nabawi.
Beli Phone Card 50 Riyal (SR 50) dengan harga SR 55. (Black Market)

Selepas solat asar di Raudha bersama Sgt. Major Mat Asin, saya bawa beliau untuk ziarah Maqam Nabi saw & sahabat-sahabat Baginda.

l/k 4.30 pm Waktu Asar di Saudi - Malaysia lebih kurang jam 10.00 malam. Telefon anak di Kampung beri tahu kedudukan dan semuanya selamat. Gunakan Phone Card - Public Phone.

18.2.2000 Hari- Jumaat Hijriah
Waktu:- Maklumat:-
Pagi 7.00 am selepas Subuh Ziarah Dalam, Raudah, Makam Nabi & Kawasan Pekuburan Baqi' - di ketuai oleh Pemandu Pelancong (Arab) Masjid Ad-Nabawi
12.30 pm. Ke Masjid Nabawi untuk sembahyang Jumaat - jumpa seorang rakan dari S.U.K. Melaka, dari Rumah Kuali, beliau telah berada di Madinah 3 hari juga bertemu dan berkenalan dengan rakan baru dari Maktab yang sama.

    Rakan sekamar:-
  • Hassan bin Dollah

  • Mat Asin Md.Rani

  • Harun bin Baba @ Hashim

19.2.2000 Hari - Sabtu Hijriah
Waktu:- Maklumat:-
Pagi 7.30 am selepas Subuh Ziarah Luar - Maklumat hanya diberitahu oleh Petugas Tabung Haji Pagi ini. Jadi ramai jemaah masih di Masjid.

Tempat Pertama (dengan Bas) Ke Jabar Uhud, dimana lebih kurang 70 orang syuhadah, sahabat-sahabat Nabi, termasuk Syaidina Hamzah gugur dipeperangan ini. Kegagalan peperangan ini ialah disebabkan kegagalan tentera Islam mematuhi Arahan.

Berikutan ke Kg. Bani Sallamah ... Masjid Qiblatain atau Masjid Dua Qiblat, Allah mengarahkan Baginda Nabi mengalihkan Qiblat dari Baitul-Muqkadis (qiblat arah Islam terdahulu) ke Qiblat yang ada sekarang, Baitullah (Masjidil Haram)

Melalui kawasan 'Masjid Tujuh', dimana terjadinya Peperangan Khandaq. Peperangan ini diantara Tentera bersekutu Kafir dan Islam. Kejayaan Peperangan ini ialah disebabkan dibina suatu parit yang luas dan panjang, tentera musuh banyak gugur & terkorban didalam parit tersebut.

Selepas itu kami dibawa melawat Perkampungan Quba', dimana terdirinya Masjid Quba.

Peringatan:- Madinah banyak menguji dan mengajar kita mengenai kesabaran.
(Tak boleh Komen)

11.30 pm. Balik semula ke Kediaman Untuk Ibadat harian

20.2.2000 Hari - Ahad Hijriah
Waktu:- Maklumat:-
Pagi 8.30 am selepas Subuh Bersama dengan jemaah yang tertinggal untuk ziarah luar semalam - Ziarah Luar lagi - (Pemandu oleh TH)
Waktu lain Amalan biasa; Aktiviti sendiri; Menziarah keluarga di Maktab lain, yang baru sampai dan shopping.
Catatan : -
    Maklumat Penempatan di Madinah
  • Hotel Flower Palace
  • Zone - 04
  • Bangunan - Zuhur Jadid
  • Rumah - Senduk
  • Bilik - 501

21.2.2000 Hari - Isnin Hijriah
Waktu:- Maklumat:-
Pagi 8.00 am selepas Subuh Ziarah Luar lagi - Kali ini kita rancang sendiri dan kos sendiri, dan di pandu oleh seorang student beasal dari Terengganu, Malaysia - Universiti Madinah.

Ke Masjid Quba' - kerana sunat sembahyang diMasjid ini.

Pasar Tamar, atau korma ini atas permintaan ramai yang ingin membeli tamar dikatakan istimewa dan juga byak pilihan serta murah. Saya tak pasti tetapi banyak juga beli. Balik ke kediaman.

12.00 pm. Balik semula ke Kediaman Untuk Ibadat harian
Selepas Zohor. Ke Pej. Tabung Haji Zone 4 - (Tabung Hj memberi khidmat pengeluaran Tabungan terus ke Saudi Riyal). Withdraw SR 500/- [Rate Pertukaran - RM 100/- = SR 97/-]

22.2.2000 Hari - Selasa Hijriah
Waktu:- Maklumat:-
Selepas Subuh Sendirian Berjalan-jalan dalam Bandar Madinah Berhadapan dengan Mqam Baqi'. Tabung Haji menamakan kawasan ini Zone 1. Hotel kediaman saya semasa Umrah, Ogos 1999 - dijadikan Rumah Epal.

Bersembang dengan 'Mirza' seorang peniaga Arab yang telah berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia

Di sini bertemu dengan beberapa jemaah Haji dari Kampung sendiri.

Malam selepas solat Is'yak Ceramah Agama dan taklimat untuk berangkat ke Mekah pada 25/2/2000, jam 2.00pm

Ceramah oleh Uztaz Abu Basar, lebih dikenali sebagai Ustz Abu Khir - pakar rujuk disini

Kami diingatkan semula mengenai sembahyang Qasar & Jamaq - kami diminta supaya tidak ke Masjid untuk sembahyang Jumaat untuk mengelakkan kelewatan (25/2/00 - hari Jumaat)

23.2.2000 Hari - Rabu Hijriah
Waktu:- Maklumat:-
Selepas Subuh Pegawai-pegawai TH telah mengedarkan maklumat & Pelekat-pelekat tanda butiran di Mekah
Selepas Zohor Sedikit 'shopping - untuk buah tangan' dan pergi ke Zone 2, Rumah Buku. Suatu Kawasan baru, hotel baru - bertemu dengan beberapa rakan jemaah dari kampung dan menziarah sepupu.
Catatan : -
    Maklumat Penempatan di Mekah
  • Bangunan - Asraf Jadidah 1A
  • Rumah - Seluar
  • Maktab - 70
  • Bilik - 942 C
  • Bas No - 8

24.2.2000 Hari - Khamis Hijriah
Waktu:- Maklumat:-
Pagi 8.30 am selepas Subuh Selepas minum pagi rehat.
Waktu lain Amalan biasa; Aktiviti sendiri. Mula kemas dan pack barang-barang untuk bersedia untuk benrangkat ke Mekah.
Catatan : - sebelum berangkat kami dinasihatkan untuk sembahyang sunat hajt, mohon kesihatan dan segala kerja ibadah dapat dijalankan dengan lancar.

Di kedaiaman juga kami beramai-ramai berkumpul mengadakan sedikit kenduri dan mohon doa yang sama.

25.2.2000 Hari - Jumaat Hijriah
Waktu:- Maklumat:-
Selepas Solat Subuh Ziarah Maqam Nabi & sahabat Baginda untuk Ziarah Wida' (Selamat Tinggal)

Malam tadi telah pack barangan dan kini turun dari Hotel - bersedia untuk arahan berangkat ke Mekah.

Sebelum itu kami telah semua berihram, Solat hajat Berjemaah, di Kediman; Qasar & Jamaq

2.12 pm Bas Bergerak meninggalkan Madinah - Al-Munawarah.
Beberapa tempat berhenti untuk pemeriksaan. ("Pilgrimage Control Centre") Sementara menunggu pemeriksaan - memekan masa sedikit - kami di beri makanan ringan seperti air kotak; kek.
3.30 pm Sampai di Masjid Bir Ali (Miqat - solat sunat & niat umrah)

Jarak atau jauhnya Mekah ke Bir-Ali ialah 340 km....menurut papan tanda.

Selepas Niat, sepanjang perjalanan kami 'Bertalbiah'.

8.08 pm Selepas beberapa perhentian lain, termasuk makan malam - selamat sampai di Mekah.

Apabila sampai - makan Malam sisediakan oleh TH, dan kami dinasihatkan supaya berehat dan tawaf umrah & sa'ei umrah keesokan hari.

[ Catatan di Mekah ]

Home | Sajak | Senarai Jemaah