Pembaharuan Masjid Nabawi
Pembaharuan Masjid Nabi (SAW) bagi kali pertamanya dibuat setelah Rasulullah (SAW) dan sahabat-sahabatnya kembali dari peperangan Khaibar (berlaku pada tahun 7 Hijrah). Ia diperluaskan lagi sehingga 50 meter panjang x 50 meter lebar (100 x 100) hasta, lantainya diperbuat daripada.batu-bata dan mempunyai 3 pintu iaitu Pinti' Jibrail (bab al osman) dan (bab al nabi) disebelah timur, Pintu Rahmah (bab atika) di sebelah barat dan Pintu Malaikat (bab al umar) di sebelah selatan. Ada riwayat menyatakan bahawa Rasulullah (SAW) dan keluarganya memasuki masjid melalui Pintu Jibrail, dan di sudut lain baginda mendirikan sebuah serambi untuk ahli-ahli Suffah.

Setelah Rasulullah (SAW) wafat, pembesaran dan pembaharuan Masjid Nabawi berlaku sebanyak lima belas kali seperti berikut:

  1. Pada zaman pemerintahan Saiyidina Umar A' Kilattab pada tahun 17 Hijrah.
  2. Pada zaman pemerintahan Saiyidina Utinnan bin 'Affan pada tahun 29 Hijrah.
  3. Pada zaman pemerintahan Al Walid bin Abdul Malik (Bani Umaiyah) pada tahun 93 Hijrah.
  4. Pada zaman pemerintahan Al Mahdi dari Khalifah Bani Abbas pada tahun 161 Hijrah.
  5. Pada zaman pemerintahan Harun Ar Rasyid pada tahun 173 Hijrah. (vi) Pada zaman pemerintahan Al Mu'tasim Billah Abi Ahmad Abdullah pada tahun 655 Hijrah.
  6. Pada zaman pemerintahan Al Malik An Nasir Muhammad bin Qalawun pada tahun 706 Hijrah dan pada tahun 709 Hijrah (dua kali).
  7. Pada zaman pemerintahan Al Malik Asraf Barasbai pada tahun 831 Hijrah.
  8. Pada zaman pemerintahan Az Zahir Jaqmaq pada tahun 853 Hijrah.
  9. Pada zaman pemerintahan Sultan Asraf Qaitabai pada tahun 886 Hijrah.
  10. Pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Pertama putera Sultan Salim Pertama pada tahun 974 Hijrah.
  11. Pada zaman pemerintahan Sultan Salim Kedua putera Suitan Sulaiman Pertama pada tahun 980 Hijrah.
  12. Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Majid putera Sultan Mahmud II pada tahun 1277 Hijrah.
  13. Pada zaman pemerintahan A' Malik Al Saud padatahun 1370 Hijr'ah dan sehingga' sekarang pembesaran masjid itu masih berj alan dalam pemerin-tahan anakandanya 'Kiladimul Haramain As-Syarifain' A' Malik Fahd dengan memakan belanja yang begitu banyak.'
Sehingga sekarang ini Masjid Nabawi terdapat 10 pintu yang masyhur iaitu:-
  • (i) Pintu As-Salam (Turki)
  • (ii) Pintu Ai-Majidi
  • (iii) Pintu As-Siddiq (Turki)
  • (iv) Pintu As-Sa'ud
  • (v) Pintu Ar-Rahmah (Turki)
  • (vi) Pintu Abdul Aziz
  • (vii) Pintu Umar
  • (viii) Pintu An-Nisa' (Turki)
  • (ix) Pintu Jibril (Turki)
  • (x): Pintu Othman
  • Home : TimeZone : Masjid Nabawi : Map of Madinah : Hijri Calendar